assalamualaikum....
di kolam ada haziq, irfan + kawan baru haikal dan nuha...
main punya main sayup je dengar haziq memanggil nama nuha dengan pangilan
'nona...nona...tunggu kita...'
nuha dengan marah menjawab 'nama kita nuha...ha...ha...ha...'
tapi sepanjang saya duduk kat situ selaku pemerhati dan pendengar. haziq tetap memangil nona... ish2...haziq...haziq tetap dengan perangai suka mengusik dia. tapi cepat mesra...itulah haziq.
lagi satu..
tengah masing-masing berebut-rebut nak naik gelongsor. nuha pegang tangan haziq
haziq boleh dengan selamba bertanya..'nona, awak nak bercinta dengan kita ker?'
dengan cepat nuha menjawab. 'mana ada' sambil terus menuju ke gelongsor.
dalam hati saya, mereka ni tahu ke makna cinta? ish3. dulu ada juga saya cuba terangkan pada haziq dan irfan kerana mereka kerap sangat bertanya pasal cinta, kawin...saya pun terangkanlah.tak tahu la samaada mereka faham ataupun tidak...diorang pun mendengar dengan khusyuk dan mengangguk-angguk mengiakan tanda setuju...hik3
seronok nya jadi kanak-kanak ni, walaumacamana mereka bertengkar atau merajuk sekalipun tapi cepat berbaik semula tanpa ada perasaan hasad dengki atau nak balas balik...seronoknya jadi kanak-kanak kan... tak perlu nak pikir semua tu. bahagian kita dah lepas, sekarang bahagian anak-anak la pula. kita yang dewasa ni kenalah sentiasa guide diorang supaya tidak menyimpang dan sentiasa berada dijalan yang benar...
saya yang berada di tepi kolam ni memang sentiasa tergelak sorang-sorang melihat gelagat dan perbualan mereka...tapi cuaca hari ni, jam 11 pagi dah panas terik dengan limpahan cahaya matahari...cepat-cepat saya panggil diorang naik nak balik bilik...hari ni turun awal wei jam 9.30 pagi selepas sarapan.
3 comments:
waalaikummussalam.
haisshh nona lak jadinya..haha
amboi, ada hati nak bercinta ngan nona eiii?patutlah bg nama manja kat nuha.
tak sejuk ke 9.30 dah terjun kolam?
jadi kanak2 tak perlu pikir masalah kan....
jum jadi kanak-kanak...
buleh main sesuka ati..huhu
Post a Comment