Pages

Monday, February 13, 2012

bercuti ke Universal Studio Singapore

assalamualaikum...

4hb Februari 2012

plan nak ke singapore ni mengambil masa begitu singkat. semua diuruskan masa 1 hari sahaja. sehari sebelum perjalanan. ini termasuk 'booking online ticket' dan tukar duit. inilah dikatakan cuti main redah...hik3.sebelum ni memang ada plan tapi nak ke KL sahaja tapi last minit tukar plan.

dalam percutian ini kami bertiga sahaja tanpa keluarga. hanya berpeluang sebegini hanya 2-3 kali setahun sahaja..masa ini lah kami akan bertukar-tukar cerita sehingga tak ingat masa. dua hari bersama, kami manfaatkan sepenuhnya. dengan menaiki kereta kami menuju ke Johor dulu. check ini hotel selesa di JB. selepas menguruskan segalanya kami terus menuju ke tempat pertama seperti yang dirancang.

jom jengah-jengah dibawah ni bagi sesiapa yang baru nak masuk ke singapore atau merancang nak ke USS.

barang penting yang wajib dibawa jika berkereta
memandangkan kereta kami naiki baru first time masuk singapore.jadinya kami perlu melalui pelbagai proses di kastam. alhamdulillah mereka cukup mesra dan segalanya berjalan dengan lancar dan mudah. kami perlu mengambil autopass ini untuk perjalanan kami sepanjang kami di singapore. bagi permulaan, mereka hanya masukkan 4SGD sahaja dalam ni dan kita terpaksa mencari seven eleven untuk top up.
terus menuju ke sini untuk top up. pada mulanya kami top up 30SGD sahaja. untuk parking dan tol. kalau korang nak tahu. parking di USS maxmimum 26SGD la rasanya. alamak lupa lak actual harga dia. jadi korang kena la top up lebih skit dari kami kerana nak ke tempat lain juga, kang takut tak cukup.kena cari seven eleven lagi untuk top up.
tempat pertama yangdi tuju. alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa sesat.
kat sini ada harga. untuk dewasa rm180 satu kepala...adeh harganya boleh tahan tapi bila masuk memang best. macam-macam ada. sesiapa yang bawa anak kecil, kesian juga sebab banyak juga tempat yang tak boleh masuk, semuanya nak ukur tinggi. kalau bawa anak-anak saya misti merungut je macam kat genting hari tu. anak-anak saya ni suka kan adventure tapi disebabkan tinggi tak cukup jadi tak leh masuk. dah muncung sejengkal...
kenangan di pintu sebelum masuk...
majoriti di sini semua bermain 3D dan 4D. memang teruja bila masuk bahagian transformer. best sesangat sampai kami naik 2 kali...hik3
jom melawat madagascar
disini tempat menjual souvenier. tapi kena bawa duit banyak tau.harga t'shirt sahaja dah mencecah RM70.00..huhu. beli fridge magnet je la untuk dibuat kenangan...

pelbagai barang-barang unik yang dijual disini...semua cantik-cantik
dijamu dengan permandangan yang cantik dan sangat mengasyikan. memang tidak ketinggalan untuk mengambil gambar di setiap sudut. banyak lagi sebenarnya aktiviti dan game yang menarik disini. tak pe nanti korang plan ke sini pula yea...memang best.


tempat ke dua yang dituju.ini pun dah jam 6. cepat-cepat cari masjid dulu seterusnya meneruskan perjalanan di sini. dorang cakap kalau time sale, perfume kat sini murah. tapi kami hanya menjamu mata sahaja la...kerana perut pun dah semakin berkeroncong. kami keluar dari singapore pun dah jam 8-9 malam. kami tidak menginap disini. kami menginap di Jb sahaja kerana kami ada perancangan lain pada kesesokkannya. sampai JB kami terus menuju ke kedai makan 'singgah selalu' dan terus balik ke hotel untuk meluruskan badan-badan kami dan cas balik tenaga untuk hari esok. keesokan hari. selepas sarapan di hotel kami terus menuju ke plaza angsana untuk membeli buku-buku law (ofis punya).dah habis kami menuju ke JPO pula..wow cuci mata lagi...jeng jeng jeng
orang perempuan kalau berjalan memang tak sah kalau tak pergi ke tempat-tempat shoping begini kan...

8 comments:

zati embong said...

wah JPO yg femes!hihi

nk g singapore cm x smpai,g genting jela.haha

Cik Tetra said...

bestnye pergi bercuti..untunglahhh..heee :)

siMpLY nana said...

jat: nnti leh g honeymoon ajak cik abang.
JPO tu memang khas untuk bershoping-shoping sakan ni...

siMpLY nana said...

waeda: nnti leh masukkan dlm list percutian aw...best..

~SaL IjOu~ said...

teringin juga nak pegi sana satu hari nnt~ ^^

siMpLY nana said...

Saljou, memang best...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam awak.ni salah satu tempat impian saya nk gi blk nnt.haha

siMpLY nana said...

miza, betul awak, memang salah satu percutian yang best...enjoy ya!