assalamualaikum....
plan lain, yang jadinya lain...tapi tetap happy...
masa besday irfan yang ke 5 tahun hari tu. 23.02.2012 adalah tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh irfan. setiap hari ayik tanya bila bulan 2. mana taknya tarikh lahir irfan je yang tercampak jauh iaitu awal tahun berbeza dengan abangnya bulan sembilan. manakala ayah dan ibu bulan sepuluh. herot berot mukanya bila hari jadi kami menjelang. bila besday dia, bukan main lagi. celik mata je terus kejut ibu sambil cakap.. 'ibu...ibu...hari ni hari jadi irfan' sambil berlagu-lagu dan tersengeh-sengih...
sebenarnya irfan dari hari selasa hari tu tak sihat, demam + sakit perut. memang tak sekolah la sepanjang sakit. dah la sebelum tu pun, sakit mata. cuti seminggu, kali ni pun cuti lagi seminggu. adui banyaknya tertinggal nanti. tak pe la, janji dia sihat.masa pagi tu pun, irfan masih lagi sakit perut. demam dah kebah dah, cuma malam tu memang asyik terbangun sebab bisa perut sambil menangis. tak tahu la kenapa.doktor cakap angin. saya dan abg nasa bangun letak segala minyak untuk melegakan dia, abg nasa dukung dia sepanjang malam. alhamdulillah...sekarang dah semakin pulih dan sihat. harap terus diberikan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga...amin
berbalik sambutan hari jadi irfan pula, sebenarnya saya dah bercadang nak buat majlis kecil2lan untuk hari jadi irfan. masak-masak dan panggil ahli keluarga dan ahli keluarga angkat anak-anak saya dan hantar kek dan apa-apa sahaja untuk diberikan ke sekolah irfan. tapi disebabkan kesihatan irfan yang tidak mengizinkan, jadinya memang nak ditangguh dulu la majlis tu. tapi kesian kat irfan yang asyik tanya je, tak sampai hati pula saya nak menghampakannya. ingat nak pergi makan kat luar je antara kami anak beranak. kebetulan pula masa menghantar haziq mengaji, jumpa lisa kebetulan anak lisa yang kecil tu pun hari lahir dia jatuh hari yang sama dengan irfan. cerita punya cerita akhirnya kami bercadang untuk menyambutnya bersama-sama. beli kek kat secret recepi dan bawa anak-anak ke marrybrown. sambil makan dorang boleh main buaian...he3
happy sangat bila lihat mereka happy....
| kami |
| bersama-sama besday boy aqlan irfan 5 tahun dan besday girl nurfarah aqilah 1 tahun |
| kek besday farah |
| kek besday irfan, kek ini lah yang menjadi pilihan kami sekeluarga jika menyambut besday...memang suka cheeeseeee... |
| main buai pulak... |


